Kuasa diri sendiri

Salam alaik,

Alhmdulillah hari ini diberikan kekuatan utk menulis , disamping utk melepaskan sedikit tekanan yg dirasai utk menyiapkan progress fyp2.hu~

Ingin diperkongsikan bersama satu bab/tajuk yg dipetik dr buku yg bertajuk 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam' karangan Fathi Yakan. Tertarik dengan isi yang dihuraikan di dalam bab 5 iaitu 'Saya Mestilah Dapat Menguasai Diri', yang mana bnyak panduan yang boleh dijadikan sebagai medan muhasabah untuk kita menjalani kehidupan dan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim 24 jam.

#Golongan-golongan manusia dalam menghadapi nafsu

1. Golongan yg tunduk mangikut hawa nafsu mereka.

Firman Allah s.w.t :-
"Maka pernahkah kamu melihatnya org-org yg menjadikan hawa
nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkan sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci mati, pendengarannya dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka siapakah yg akan memberikan petunjuk setelah Allah(membiarkannya sesat) maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran".
(Surah Al-Jathiyah 45 : Ayat 23)

2. Golongan yg bermujahadah dan bertarung menentang hawa nafsunya.

Dlm menentang hawa nafsunya ada kalanya golongan ini menang dan ada kalanya kecundang.Apabila mereka terlibat dlm kesalahn mereka segera bertaubat. Begitu juga bila melakukan kemaksiatan, mereka segera sedar dan menyesal serta memohon keampunn dr Allah.
Daripada sabda Rasulullah s.a.w :-
"Setiap anak Adam(manusia) itu melakukan kesalahan,
sebaik-baik orng yg melakukan kesalahan(dosa) ialah mereka yg bertaubat".
(Hadith riwayat Ahmad dan Tarmizi)
Dalam satu cerita yg mana Iblis pernah bertemu dgn Nabi Yahya Bin Zakaria A.S, dan Nabi Yahya bertanyakan kpd iblis mengenai tabiat perangai manusia menurut pandangan iblis. Iblis menjawab :
  1. Golongan pertama dr manusia ialah seperti kamu ini. Mereka ini terpelihara (dari kejahatan dan dosa)
  2. Golongan yg kedua adalah mereka yg berada dlm gengaman kami sebagaimana buah bola berada di tangan anak-anak kamu. Mereka menyerah diri mereka bulat-bulat kpd kami(syaitan)
  3. Golongan yg ketiga ialah golongan yg sangat sukar utk kami kuasai mereka. Kami menemui salah seorang dr mereka dan kami berjy memperdayakannya dr mencapai hajat kami tetapi ia segera memohon keampunan (bila ia sedar) dan dgn istighfar itu rosaklah apa yg kami dapati darinya. Maka kami tetap tidak berputus asa utk menggodanya dan kami tiak akan mendapati hajat kami tercapai.
# Sendi-sendi kekuatan dlm memerangi nafsu

1. Hati - menjadi benteng yg kuat , sekiranya hati itu hidup, lembut, bersih, cekal.

Sayyidina Ali berkata : "Hati seorang mukmin itu bersih, terdpt padanya pelita yg
bercahaya. Hati seorang kafir itu hitam serta berpenyakit".

Firman Allah dlm Surah Al-Anfal 8 : Ayat 2
"Orang-orang yg apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka dan
apabila dibacakan kpada mereka ayat-ayatNya bertambahlah keimanan mereka ".

2. Aqal - merupakan ciptaan Allah yg dpt melihat, mempunyai daya memahami sesuatu,
mampu membezakan dan dpt menyimpan sesuatu kefahaman dari ilmu-ilmunya di mana dgn ilmu itu kelak ia dpt menghampirkan diri kpd Allah, mengetahui keagungan Allah serta kekuatannya.

Aqal seorang mukmin itu adalah aqal fikiran yg waras , dpt membezakan baik dan
buruk, halal dan haram, kebaikan dan kemungkaran kerana ia melihat segala perkara
dgn cahaya Allah yg dpt menembusi di sebalik tutupan yg halus.

Cahaya aqal seseorang mukmin itu sentiasa bersinar, tidak dpt dipadam kecuali oleh
kerja-kerja maksiat yg berkekalan, dilakukan pula secara terang-terangan dan tidak pula diikuti dengan taubat.

Rasulullah s.a.w menjelaskan maksudnya:
"Sesiapa yg melakukan dosa maka bercerailah aqalnya dari dirinya, ia tidak akan kembali
kpadanya buat selama-lamanya."

Dlm sabda lain juga, Rasulullah s.a.w bersabda :
"Kalaulah tidak kerana syaitan-syaitan itu mengelilingi hati anak-anak Adam nescaya mereka dpt melihat (merenung) kerajaan Allah dilangit dan di bumi."


# Cara-cara Menghalang Godaan Syaitan:-
  1. Tamak dan buruk sangka, maka aku menghadapinya dgn sifat menaruh kepercayaan dan berpada dgn apa yg ada.
  2. Cintakan kehidupan dunia dan panjang angan-angan, lalu aku meghadapinya dgn perasaan takut terhadap kedtgn maut yg boleh berlaku saban waktu.
  3. Cintakan kerehatan dan kemewahan , lantas aku menghadapinya dgn keyakinan bhw kenikmatan itu akan hilang dan balasan buruk pasti menanti.
  4. Kagum terhadap diri sendiri('ujub), lantas aku menghadapinya dengan rasa terhutang budi kpd Allah dan kpd akibat yg buruk .
  5. Memandang rendah terhadap org lain dantidak menghormati mereka, lalu aku menghadapinya dgn mengenali hak-hak mereka serta menghormati mereka secara wajar.
  6. Hasad(dengki), lalu aku menghadapinya dgn sifat berpada(qana'ah) dan redha terhadap kurniaan Allah kpd makhluknya.
  7. Riya' dan sukakan pujian org. Lalu saya menghadapi dgn ikhlas.
  8. Bakhil(kedekut), lalu aku menghadapinya dgn menyedarinya bhw apa yg ada pd makhluk akan binasa manakala yg kekal itu berada di sisi Allah.
  9. Takkabbur(membesarkan diri), lalu aku menghadapinya dgn rasa tawadhuk.
  10. Tamak haloba, lalu aku menghadapinya dgn mempercayai ganjaran yg disediakn di sisi Allah dan tidak tamak terhadap apa yg ada di sisi manusia.

#Kubu pertahanan dlm menghadapi tipu daya dr godaan syaitan adalah dgn cara:
  1. Jangalah terlalu kenyang apabila makan meskipun menghadapi makanan yg baik dan halal. Rasulullah bersabda mengingtkan kita: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan dlm tubuh anak Adam mengikuti perjlnn darah. Oleh itu sempitkanlah pintu masuknya dgn kelaparan."
  2. Membaca Al-Quran, berzikir mengingati Allah dan memohon keampunan Allah s.w.t, sebagaimn yg disuruh oleh Rasulullah s.a.w : "Sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya ke ats hati anak Adam, maka jika ia mengingati Allah ia pun lari daripadanya, jika sekiranya ia lupakan Allah syaitan akan mengunyah hatinya. "
  3. Tidak tergopoh-gapah dlm sebarang pekerjaan kerana mengingati pesann Rasulullah : "Bergopoh-gapah(terburu-buru) itu adalah dr syaitan dan berhati-hati itu dari Allah."

Jiwa kita perlu sentiasa di upgradekan


KEBAHAGIAAN seseorang Muslim banyak bergantung kepada bagaimana ia menyucikan dan membersihkan jiwa raganya. Manakala kecelakaan bagi dirinya juga terjadi bilamana jiwa tidak dipelihara dan dicemari oleh perkara keji dan kotor. Allah menegaskan perkara ini melalui firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (As-Syams : 9 – 10).

Rasulullah s.a.w. bersabda: Semua di kalangan kamu akan masuk syurga kecuali mereka yang enggan. Sahabat bertanya: Siapa yang enggan itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Sesiapa yang taat kepadaku akan masuk syurga dan sesiapa yang berbuat maksiat kepadaku mereka itulah yang enggan.

Kehidupan

Persoalannya sekarang, apakah itu jiwa? Menurut Kamus Dewan jiwa merupakan nyawa, roh dan unsur batin seperti perasaan, fikiran dan cita-cita yang terkandung dalam hati manusia. (1998 : 540 ). Kehidupan manusia berhubung rapat dengan jiwa. Malah segala tindak-tanduk manusia terarah dalam rangka usaha membersih dan menyucikan jiwa bagi mendapat matlamat hidup dan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat serta mengelakkan diri daripada melakukan maksiat kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya yang boleh mencemarkan jiwa. Proses pembersihan jiwa ini, haruslah menuruti beberapa langkah seperti berikut :

1. Taubat. Taubat bermaksud mengosongkan diri daripada seluruh dosa dan maksiat dan menyesal ke atas dosa-dosa lalu dan berazam untuk tidak mengulanginya pada masa hadapan sepanjang umurnya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai… (At-Tahrim: 8).

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Nya sebanyak 100 kali sehari.

Sesungguhnya manusia biasa seperti kita, tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Apatah lagi di sekeliling kita wujud musuh-musuh Allah yang terdiri daripada syaitan dan iblis serta hawa nafsu yang sentiasa mendorong kita untuk melakukan maksiat. Oleh yang demikian, kita hendaklah sentiasa bertaubat daripada kesalahan dan maksiat yang dilakukan dengan kadar segera. Taubat yang kita lakukan hendaklah secara sungguh-sungguh untuk membersihkan diri daripada segala kekotoran dosa dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi atau taubat yang dikenali dengan taubat nasuha.

2. Muraqabah. Muraqabah bererti sentiasa merasakan diri kita ini diawasi oleh Tuhan pada setiap detik dan ketika, dan berasa yakin bahawa hanya Allah s.w.t. yang berhak ditaati, Dialah yang Maha Mengetahui setiap rahsia dan perbuatan kita. Bilamana seseorang Muslim ini sentiasa menerapkan perasaan yang sedemikian dalam dirinya, maka ia akan sentiasa mengingati Allah s.w.t., berasa lapang dada kerana keyakinannya itu dan sentiasa gemar ingin berdampingan dengan Allah dengan beribadah kepada-Nya. Malah ia akan sentiasa ingat dan waspada, andai kejahatan yang dilakukan pasti Allah mengetahuinya, walaupun orang lain tidak.

Kebaikan

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh. Dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan. (Luqman : 22).

Rasulullah s.a.w. bersabda : Beribadahlah kamu kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia melihat kamu.

Ulama salaf as-soleh, Sufyan as-Sauri berkata: “Hendaklah kamu bermuraqabah kepada Allah yang tidak tersembunyi daripada-Nya sesuatu pun, dan hendaklah kamu berharap kepada-Nya yang memiliki perjanjian, dan hendaklah kamu sentiasa berwaspada kepada-Nya yang memiliki seksaan.”

3. Muhasabah. Muhasabah bererti menghitung dan mengimbas kembali perlakuan kita seharian, sama ada amalan yang kita lakukan lebih cenderung ke arah ketakwaan atau lebih cenderung ke arah maksiat. Sekiranya amalan kehidupan kita berada di tahap yang dimurkai Allah s.w.t., maka segeralah memohon keampunan kepada-Nya dan bertaubat serta menyesal dan seterusnya melakukan amal kebajikan.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (daripada amal-amalnya) untuk hari esok (Hari Akhirat). Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan. (Al-Hasyr : 18)

Umar al-Khattab pernah berkata: “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan.” Di dalam kehidupan ini, seharusnya manusia memerhatikan perihal ketaatan, kemaksiatan, faktor-faktor yang merugikan dan faktor-faktor yang menguntungkan dirinya setiap masa. Dalam perkara menghitung diri ini, ada baiknya juga seseorang individu itu mempunyai borang harian atau pertanyaan-pertanyaan diri bagi tujuan mengenal pasti kekurangan dan kelebihan diri dalam amal ibadah kepada Allah s.w.t. Andai tidak berkesempatan, memadailah bertanya diri sendiri apakah hari ini, lebih baik dari semalam dan bagaimana pula dengan hari esok? Adakah kewajipan diriku sebagai hamba Allah telah tertunai ?

4. Mujahadah. Mujahadah bermaksud berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu yang senantiasa memujuk rayu diri kita melakukan perkara keji dan mungkar. Allah s.w.t. menjanjikan bahawa sesiapa yang bermujahadah, maka ia akan diberi petunjuk jalan-jalan Allah. Dan Allah s.w.t. akan tetap bersama orang yang baik. Hawa nafsu yang ada pada manusia itu berupa satu cabaran kepada kekuatan iman dan pemikiran kita dalam menentukan keputusan tindakan kita. Andai jalan yang baik dipilih, maka bersihlah jiwa kita dan andai tewas dengan kemahuan hawa nafsu amarah itu, maka semakin kotorlah jiwa kita di sisi Allah s.w.t.

Sesungguhnya seorang hamba Allah itu tidak akan dapat mengawal hawa dan nafsunya sekiranya ia mengharapkan ada orang lain yang akan mengawalnya. Ia tidak boleh menyalahkan orang lain sekiranya ia tidak dapat mengawal hawa nafsunya. Kawalan dari dalam diri sendiri itu adalah yang terpenting, seperti pepatah Melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Takwa

Selain itu, pendekatan diri dengan Allah s.w.t. adalah penting agar kekuatan dapat dibina sekukuhnya dengan wujudnya iman dan takwa setiap diri. Apabila seorang insan itu mempunyai iman dan takwa yang tertanam kukuh dalam dirinya, maka syaitan tidak akan dapat mempengaruhinya untuk mengikut kata nafsu jahat yang dapat merosakkan diri.

Dengan dua senjata inilah, seorang insan itu akan mampu mengalahkan syaitan dan hawa nafsu yang merupakan musuh utama setiap manusia yang bernyawa. Apabila kita menjadi insan yang bertakwa, maka kita tidak akan menghampiri segala jenis kekejian yang boleh merosakkan kita. Bisikan syaitan dan hawa nafsu akan dapat kita tepis. Kalau ki-ta takutkan Allah, bermaksud kita takutkan hukuman Allah, takutkan neraka Allah, takutkan seksa Allah di alam kubur dan di akhirat kelak. Apabila kita benar-benar percaya dan yakin dengan seksaan Allah, maka kita tentunya tidak akan melakukan sesuatu yang dimurkai Allah.

Kesimpulannya, hendaklah kita sentiasa membersihkan jiwa dan mengawasinya daripada perkara-perkara keji dan mungkar agar kita beroleh kejayaan berupa syurga Allah yang kekal abadi. Allah s.w.t. berfirman: “Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.” An-Naazi’at : 40 -41).

Petikan :Dr sebuah blog :http://peribadirasulullah.wordpress.com/

Blog Peribadirasulullah(Membina Generasi yg Mencintai Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w)

Jom kita hafaz Al-Quran =)

Salamun alaik...


Sudah agk lm tidk meng'update' blog ini..Tetibe harini, teringt utk meng'update'nyer.=D

Terbaca satu buku iaitu "Rahsia Minda Hebat" yg ditulis oleh Dato'Siti Nor Bahyah Mahamood dan Haji Muhammad Zakaria. Menarik utk dikongsikan bersama mengenai topik penghafalan Al-Quran. Di dlm buku tersebut, di selitkn beberpa tips sebagai panduan utk kita menghafaz Al-Quran dengan baik.

Antara tips2 tersebut adalh :-


Metodologi Menghafaz Ayat Al-Quran
  • Hari Pertama -Menghafaz 5 ayat
  • Hari Kedua - Menghafaz 5 ayat baru dan mengulang hingga hafaz 10 ayat
  • Hari Ketiga - Menghafaz 5 ayat baru dan mengulang hinggs hafaz 15 ayat
  • Hari Keempat -Menghafaz 5 ayat baru dan mengulang hingga hafaz 20 ayat
  • Dan begitulah utk hari-hari seterusnyer. (p/s: Jika tdk boleh menghafaz 20 ayat sekali gus, berhenti menghafaz ayat baru sehingga boleh menghafaz 20 ayat sekali gus.)
Metodologi Sokongan
  • Jika 5 ayat dirasakan terlalu banyak, bolehlah menghafaz 3 atau 2 ayt sehari.
  • Jika mampu boleh menghfaz lebih drpd 5 ayat sehari.
  • Luangkan masa yg sama setiap hari utk menghafaz misalnya : -1/2 jam sebelum subuh, 1/2 jam selepas subuh, 1/2 jam selepas maghrib, 1/2 jam sebelum tidur.
  • Ketepikan kepentingan lain dan tetap istiqomah dgn masa menghafaz yg telah diperuntukkan.
  • Menghafaz secara berjemaah lebih berkesan drpd menghafaz bersendirian.
Masa Yang Paling Baik Menghafaz
  • Waktu subuh sebelum terbit fajar Siddiq.
  • Selepas solat subuh.
  • Sebelum tidur malam.
  • Malam yg sunyi sepi.
  • Suasana sekitar yg tidak sibuk.
  • Antara waktu Maghrib hingga Isyak.
  • Jauh drpd bunyi atau sesuatu yg menganggu.

Mudah-mudah sedikit perkongsian dpt dimanfaatkan bersma,Insya-Allah..
Allahua'lam. =)

SaLaM LeBaRaN...

SalaM Alaik..


Semoga Madrasah Ramadhan yg lepas meniggalkn kesan yg positif dlm diri kita semua serta lebih mendekatkan kita dgn Allah s.w.t yg menghadiahkan Syawal.
Semoga kita dpt bertemu dgn Ramadhan yg akan dtg , insya-Allah, Amin.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin buat yg mengenali diri.
Salam Aidilfitri.


TAKUT & HARAP DI AIDIL FITRI

Kekadang mahmudah tidak kecapaian
Hanya dengan tekunnya amalan
Tapi harus ditempa oleh tusukan ujian
Dari kesakitan, kegagalan dan…
persengketaan

Seringkali dosa dan mazmumah
Ditandai oleh perpecahan ummah
Sejauh mana kasih sesama manusia
Dibatasi oleh cinta pada yang Esa
Teguh iman, kukuhlah perpaduan

Kekadang Allah menyempitkan…
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
Kekadang Dia melapangkan…
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya!

Ya Allah,
semoga di kemeriahan Syawal nanti
Hati kami tetap di madrasah Ramadan
Dalam alpa dan berdosa… kami takut
Dalam ingat dan taat… kami harap
Takut kemurkaan-MU!
Harap keampunan-MU!

Allah hu Akbar… Allah hu Akbar… Walillahhilhamd!


MAHAR CINTA SYAWAL

Dari medan Ramadan sepenuh perjuangan
Terpamir ketulusan jiwa, kemurnian hati,
kecerdasan fikiran, ketangkasan tindakan…
Ukir semurni tadbir
Tagih sesuci takdir

Dari takbir Syawal seluruh kemuliaan
lambang satu kemenangan
mengatasi kejahatan diri dalaman
menangani angkara musuh luaran
kembali ke fitrah…
kembali kepada Allah!

Hitung syukurmu di istana rahmat-Nya
Renung sukarmu di penjara dosa-dosa
Moga keberkatan Ramadhan…
Agar Kemuliaan Syawal…
Menjadi mahar seorang hamba…
untuk melamar cinta Tuhannya!

* Nukilan puisi di atas dipetik dr Genta Rasa (