Jom kita hafaz Al-Quran =)

Salamun alaik...


Sudah agk lm tidk meng'update' blog ini..Tetibe harini, teringt utk meng'update'nyer.=D

Terbaca satu buku iaitu "Rahsia Minda Hebat" yg ditulis oleh Dato'Siti Nor Bahyah Mahamood dan Haji Muhammad Zakaria. Menarik utk dikongsikan bersama mengenai topik penghafalan Al-Quran. Di dlm buku tersebut, di selitkn beberpa tips sebagai panduan utk kita menghafaz Al-Quran dengan baik.

Antara tips2 tersebut adalh :-


Metodologi Menghafaz Ayat Al-Quran
  • Hari Pertama -Menghafaz 5 ayat
  • Hari Kedua - Menghafaz 5 ayat baru dan mengulang hingga hafaz 10 ayat
  • Hari Ketiga - Menghafaz 5 ayat baru dan mengulang hinggs hafaz 15 ayat
  • Hari Keempat -Menghafaz 5 ayat baru dan mengulang hingga hafaz 20 ayat
  • Dan begitulah utk hari-hari seterusnyer. (p/s: Jika tdk boleh menghafaz 20 ayat sekali gus, berhenti menghafaz ayat baru sehingga boleh menghafaz 20 ayat sekali gus.)
Metodologi Sokongan
  • Jika 5 ayat dirasakan terlalu banyak, bolehlah menghafaz 3 atau 2 ayt sehari.
  • Jika mampu boleh menghfaz lebih drpd 5 ayat sehari.
  • Luangkan masa yg sama setiap hari utk menghafaz misalnya : -1/2 jam sebelum subuh, 1/2 jam selepas subuh, 1/2 jam selepas maghrib, 1/2 jam sebelum tidur.
  • Ketepikan kepentingan lain dan tetap istiqomah dgn masa menghafaz yg telah diperuntukkan.
  • Menghafaz secara berjemaah lebih berkesan drpd menghafaz bersendirian.
Masa Yang Paling Baik Menghafaz
  • Waktu subuh sebelum terbit fajar Siddiq.
  • Selepas solat subuh.
  • Sebelum tidur malam.
  • Malam yg sunyi sepi.
  • Suasana sekitar yg tidak sibuk.
  • Antara waktu Maghrib hingga Isyak.
  • Jauh drpd bunyi atau sesuatu yg menganggu.

Mudah-mudah sedikit perkongsian dpt dimanfaatkan bersma,Insya-Allah..
Allahua'lam. =)

SaLaM LeBaRaN...

SalaM Alaik..


Semoga Madrasah Ramadhan yg lepas meniggalkn kesan yg positif dlm diri kita semua serta lebih mendekatkan kita dgn Allah s.w.t yg menghadiahkan Syawal.
Semoga kita dpt bertemu dgn Ramadhan yg akan dtg , insya-Allah, Amin.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin buat yg mengenali diri.
Salam Aidilfitri.


TAKUT & HARAP DI AIDIL FITRI

Kekadang mahmudah tidak kecapaian
Hanya dengan tekunnya amalan
Tapi harus ditempa oleh tusukan ujian
Dari kesakitan, kegagalan dan…
persengketaan

Seringkali dosa dan mazmumah
Ditandai oleh perpecahan ummah
Sejauh mana kasih sesama manusia
Dibatasi oleh cinta pada yang Esa
Teguh iman, kukuhlah perpaduan

Kekadang Allah menyempitkan…
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
Kekadang Dia melapangkan…
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya!

Ya Allah,
semoga di kemeriahan Syawal nanti
Hati kami tetap di madrasah Ramadan
Dalam alpa dan berdosa… kami takut
Dalam ingat dan taat… kami harap
Takut kemurkaan-MU!
Harap keampunan-MU!

Allah hu Akbar… Allah hu Akbar… Walillahhilhamd!


MAHAR CINTA SYAWAL

Dari medan Ramadan sepenuh perjuangan
Terpamir ketulusan jiwa, kemurnian hati,
kecerdasan fikiran, ketangkasan tindakan…
Ukir semurni tadbir
Tagih sesuci takdir

Dari takbir Syawal seluruh kemuliaan
lambang satu kemenangan
mengatasi kejahatan diri dalaman
menangani angkara musuh luaran
kembali ke fitrah…
kembali kepada Allah!

Hitung syukurmu di istana rahmat-Nya
Renung sukarmu di penjara dosa-dosa
Moga keberkatan Ramadhan…
Agar Kemuliaan Syawal…
Menjadi mahar seorang hamba…
untuk melamar cinta Tuhannya!

* Nukilan puisi di atas dipetik dr Genta Rasa (

~MeSsAgE Of LoVe~

Salam alaik..

Perkongsian yg berkaitrapat dengan muslimah, moga2 kita semua memahami mesej yg cuba disampaikn ini. Semoga sentiasa dibwh rahmat dan kasih syg Allah s.w.t, insya-Allah.


Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya

Di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…

Mengapa masih ragu-ragu?

Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…

“Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.” Imam Ghazali

Ukhtiku,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan…
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian…

Ukthiku,
Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan…
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan…
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran…
Dari hidup dalam kesesatan

Kerana jangan lupa ukhtiku…

Muliamu bukan pada pangkat, harta dan rupa
Tapi kerana Islam, Iman dan Ihsan…


~Tudung~

Salam Ramadhan,
Salam perkongsian.

Tertarik dengan satu perenggan yg berbentuk dialog yg dibaca dlm entri Ustaz Pahrol Mohd Juoi(genta-rasa) yg bertajuk 'Syaitan itu kreatif'. Posting ini sedikit sebanyk berkisah dan berkait mengenai hidayah Allah datang pada hamba-hamba yg terpilih berselan-seli. Selain itu diselitkn juga mengenai wanita dan menutup aurat di zaman yg serba moden sekarang ini..

Teringat juga saya pesan daripada seorang yang saya sangat hormati kerana ilmu dan kewarakannya:
Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.”
Apa ertinya?
Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…”

Syukran.

p/s:Sebagai panduan utk diri dan smua. Bersamalah renungkannya. wallahua'alam.


Perkongsian Ramadhan : Ramdhan Datang lagi

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam alaik,
Salam Ramadhan=)

Alhamdulillah Allah s.w.t masih lagi memberikan kite semua peluang dan ruang untuk kita bertemu dengan Ramadhan,iaitu bulan yg penuh dengan barakah dlmnya. Sama-samalah untuk kita mempertingkatkan hubungan kita dengan Yg Maha Esa, Allah s.w.t serta memperbanyakkan amalan di dalam bulan Ramadhan yg Allah janjikan ganjaran yg bnyk kepada orang-orang yg mengerjakan amalan kebaikan dan ibadah dengan ikhlas semata-mata untuk mendapatkn keredhaanNya.

Perkongsian bersama dengan adik-adik SG pada pertemuan minggu ini. Berkongsi dan berbincang bersama mengenai Ramadhan. Panduan sepanjang Ramadhan yg dpt kita jadikan panduan dlm melaksanakan ibadah puasa.Mudah-mudahan puasa kita mendapat keberkatan dari Allah s.w.t bukan sekadar lapar dan dahaga seperti peringatan dr Rasullulah sendiri dlm Sabdanya : Rasulullah s.a.w bersabda: "Ada orang yg berpuasa tapi tiada baginya pahala, yg dpt hanyalah lapar dan dahaga."
Sabda Rasulullah s.a.w juga menyatakan "Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian".

Peta minda ringkas yg dikongsikan bersama adik-adik SG..=)

*Utk mendptkan gmbrn yg lebih besar, sila klik pada gambr tersebut.

Syukran jazilan.
Allahua'lam.

Tragedi Waktu Subuh

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada mulanya beliau antara orng Quraisy yg paling keras menentang Islam serta memusuhi Rasulullah S.A.W. Akan tetapi dengan hidayah dan kuasa Allah S.W.T yg memberi petunjuk serta hidayah untuk beliau, akhirnya ketika usianya mencecah 35 tahun ,beliau telah memeluk Islam. Nama sebenar khalifah yg dimaksudkan adalah Umar Bin al-Khattab Bin Nufail bin Abd al-Uzza bin Ryah bin Abdullah bin Qurti bin Rizah bin Adiyyi bin Kaab.

Saat-saat kewafatan seorang khalifah yg juga digelar sebagai 'Reformis Dunia Islam' ini, dilakarkan dlm sejarah Islam, yg mana ia adalah perancangan yg telah dirancang oleh musuh. Semuanya bermula dari perbualan dan perbincangan antara Fairoz (dikenali juga sebagai Abu Lukluah) bersama Hurmuzan serta Jafina yg mana ketiga-tiganya merupakan bangsa Parsi yg suatu ketika dahulu pernah menjadi Pembesar Parsi (Hurmuzan), Ketua angkatan tentera (Jafina) dan Putera kpd seorng pembesar Parsi (Fairoz). Tetapi kini semuanya sudah berakhir dan tinggal kenangan dan sejarah.Mereka telah menjdi tawanan perang, hamba dan kini menjadi orng Islam.

Namun, disebalik sejarah yg dilalui mereka dan keadaan yg dialami mereka sekarng ini, rupa-rupanya masih tersimpan satu perasaan dendam di dlm hati-hati mereka. Perasaan ingin berada di zaman kemewahan ketika memerinth Parsi, dan menjadi putera raja. Perasaan ini di'api-apikan' lagi oleh Hurmuzan dan Jafina kepada Abu Lukluah. Suatu ketika dahulu Abu Lukluah menaruh rasa dendam kpd Khalifah Umar.Malah dia pernah berjanji dgn ayahnya tdk pulng selagi belum berjy mengusir tentera Islam dari bumi Parsi serta membunuh Umar. Tetapi slps dia berada di Madinah dan mndpt layanan yg baik drpd Umar al-Khattab, sedikit demi sedikt dendamnya itu lenyap. Tetapi Hurmuzan dan Jafina berjaya meniupkannya semula.Maka tercetusnya idea pakatan utk membunuh Umar Al-Khattab kerana mereka menganggap Khalifah Umar yg bertanggungjawab meruntuhkan Parsi.

Abu Lukluah membuat sebilah pisau bermata dua lalu hujung mata pisau itu disapu dgn racun. Apabila bertemua dgn kawan-kawan yg rapat dgnnya, dia selalu berkata ,"Inilah pisau yg bakal menembusi maruah bangsa Parsi". Apabila terjumpa kanak-kanak Parsi pula, dia akan mengusap kepala anak itu sambil berkata "Umar al-Khattab merampas kehormatan kita.Dia pasti mndpt balasannya tidk lama lg".

Pada suatu mlm, Khalifah Umar al-Khattab bermimpi dipatuk seekor ayam jantan. Keesoakan harinya dia mnceritakan kpd Asma' binti Umaisy. Menurut firasat Asma', Khalifah Umar dibunuh oleh seorng lelaki bukan drpd bangsa Arab.Asma' berpesn kpd Amirul Mukminin itu agar berwaspada dan berhati-hati. Tetapi Khalifah Umar masih tdk menghiraukannya kern yakin semua berlaku dgn kehendk Allah S.W.T.Dia reda menerima apa jua yg telah ditakdirkan.

Pagi itu, seperti pagi-pagi sebelumnya, Khalifah Umar sudh berada di Masjid Nabi sebelum azan dilaungkan, bg mengerjakan subuh berjemaah. Beliau yg menjd imamnya. Beliau tampil kehdpn menjdi imam sebaik shj iqamat. Dibelakangnya, iaitu di barisan hadpan berdiri Abu Lukluah, di sebelah kanannya Hurmuzan dan kirinya Jafina. Tidk ada siapa yg mencurigai tiga lelaki itu walaupun pagi itu mereka mengambil tempt dibelakang imam.

Ketika Khalifah Umar al-Khattab mengangkat takbiratul ihram, dgn pantas Abu Lukluah mengeluarkan pisau dr dlm jubhnya lalu menikam belakang Khalifah Umar. Tikam yg sempat dilakukan sebnyk tiga kali itu di belakang mangsnya menyebabkan Khalifah Umaral-Khattab tersungkur. Kemudian Abu Lukluah menikam pula dibhgian perut Umar al-Khattab sebnyk tiga kali. Kejadian itu berlaku begitu pantas sehingga orng ramai tergamam dan tidk sempt menghalangnya.

Abu Lukluah cuba melarikan diri tetapi orng ramai bertindak menangkapnya dan berlaku lah pergelutan.Abu Lukluah hampir berjy ditangkap tetapi tiba-tiba Hurmuzan dan Jafina menghunus senjata lalu membunuh Abu Lukluah.

Kemudian Abdul Rahman bin Auf segra mndptkn Khalifah Umar yg terbaring berlumurn darah. Khalifah Umar menyuruh Abdul Rahman agar tidak menghiraukan beliau dan teruskn sembahyang kerana itu yg lbh penting utk diselesaikan. Lalu Abdul Rahman tampil ke hadapan menjdi imam sembhyang subuh. Selesai sembhyang barulah mereka mndptkn Khlifah Umar al-Khattab yg baru sedar dr pengsnnya tadi.

Khalifah Umar memberitahu Abdul Rahman bahawa yang beliau juga mahu sembahyang. Tetapi Abdul Rahman menjawab "Wahai Amirul Mukminin , tuan telah mendpt luka yg parah ..". Balas Khalifah Umar "Tidak ada keuzuran bg lelaki mendirikn sembahyang. Sesungguhnya tidk Islam mereka yg meninggalkan solat." Inilah ketaqwaan yg ada pd Khalifah pencetus zaman keemasan.

Kemudian Khalifah Umar meminta agar luka-lukanya dibalut bg membolehknnya mengambil wuduk dan mengerjakan sembahyang subuh. Selesai sembahyang beliau kelihtn tdk berdaya lagi lalu dipaph oleh Abdul Rahman dan Ibnu Abbas lalu dibw pulang kerumah. Orng ramai masih lagi kebingungan dgn apa yg terjdi.Tambhn pula tragedi seperti itu belum pernh berlaku.

Sepanjg perjalan pulang ke rumah Khalifah Umar, beliau menanyakan kpd Abdul Rahman dan beberapa sahabt yg turut serta memimpin dan menghantr beliau, mengenai kejadian subuh itu dan siapakah yg punya angkara. Abdul Rahman pun menceritakn apa yg berlaku dan Ka'ab mencdgkn agr Hurmuzan dan Jafina dibw menghadap Khalifah Umar utk disoal siasat. Nmun Hurmuzan dan Jafina menafikannya dan Khalifah Umar melepaskn mereka kerana dia menerima apa yg berlaku keatsnya semuanya adlh ditakdirkn. Beliau reda menerimanya.

Keadaan Khalifah Umar al-Khattab semakin parah. Seorng tabib yg dipanggil utk merawati Umar tidk dpt berbuat apa2. Kemudian Khalifah Umar meminta segelas susu kerana dahaga. Apabila diminum, susu itu keluar dr bekas luka diperutnya.Tahulah mereka bhw Khalifah Umar tdk dpt diselamtkan lagi. Beliau juga merasakan saat kematian itu semakin hampir. Beliau memohon agar disemadikan berhampiran makam Rasulullah S.A.W seleps beliau meninggal dunia kelak. Maka Khalifah Umar meminta anaknya, Abdullah pergi menemui Aisyah utk menyampaikan permohonannya itu agar disemadikan bersebelahn makan Rasulullah. Aisyah mengizinkan Khalifah Umar al-Khattab dikebumikn bersebelahan dgn Rasulullah.

Sebelum beliau menembuskn nafasnya, sempat utk beliau menamakan 6 org sebagai penggantinya iaitu Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidullah, Zubir bin Awam, Abdul Rahman Bin Auf dan Sa'ad bin Abi Waqas. Kemudian Khalifah Umar melantik 10 orng ahli syura yg diperngerusikan oleh Abdullah bin Umar, yg mana ahli syura itu bertugs memilih calon yg paling layak. Selps bersidang, mereka sebulat suara menamakan Uthman Bin Affan sbg pengganti Khalifah Umar al-Khattab.

Selain itu, Khalifah Umar al-Khattab juga berpesan kepd anaknya Abdullah agar melangsaikan segala hutng beliau dengan Baitulamal sebnyk 8000 dirham.

Tanggal 27 Zulhijjah tahun 23 Hijrah, pagi hari ahad, Khalifah Umar al-Khattab menghembuskan nafasnya yg terakhir. Beliau pergi slps menjdi khalifah selama 10 tahun 6 bulan 4 hari, yg ketika itu usianya 63 tahun.
Al-Fatihah.


Rujukn dipetik dr : Novel sejarah Islam bertajuk Umar Al-Khattab, Reformis Dunia Islam.
Karangan : Abdul Latip Talib.

Penyanyi: Hijjaz
Tajuk Lirik Lagu: Aku Hanya Umar

Sebelum disapa sinar iman
Kau bagaikan singa yang mengganas
Membunuh anak perempuanmu
Tanpa rasa belas dan kasihan
Dipandu hati sekeras batu
Jahiliah yang menyesatkan

Bila nur Al-Quran menusuk ke jiwa
Lunturlah segala keangkuhanmu
Berubah dan beralih arahmu
Terbentur segala kekejaman
Menjadi wira miskin nestapa
Membela yang tak berupaya

Tidurmu di rimbunan tamar
Tenangmu tiada tercalar
Berbantal lengan tanpa pengawal
Berselimut embun keimanan

Di malam yang hening
Meratap menyesali diri
Pada dosa kealpaan
Dibasuh dengan airmata
Memohon keampunan Tuhan

Engkau khalifah berjiwa hamba
Mentadbir tanpa singgahsana
Menghina diri di hadapan Allah
Kemuliaan diri manusia

Mulia hidup bersulam taqwa
Mulia matimu kau syuhada
Pergi rohmu ke alam tinggi
Terbang menuju ke syurgawi

Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Ku bimbangi dialah diriku

Hati sekeras batu
Menjadi selembut air
Jadi teman kebenaran
Jadi musuh pada kebatilan

Pandanglah seseorang itu dengan pandangan yg positif..

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam alaik,

Sebagai peringatan dan juga perkongsian untuk diri dan semua, dipetik dr nasihat Syeikh Abdulkadir Al-Jailani juga kuliah dr Ustaz Ahmad Yahya mengenai "Penawar Hati". Bagaimana kita nak elak diri kita dari bersikap sombong dan juga bersikap berburuk sangka sesama manusia. Ada beberapa tips yg dpt di ambil dan dijadikan panduan oleh kita semua :-

  • Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

  • Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

  • Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

  • Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

  • Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."


  • Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Oleh itu, sama-samalahkita ingat mengingti sesama sendiri. Pandanglah setiap orng dengan pandangan yg baik, jauhilah berburuk sangka kepada sesiapa sahaja.Wallahua'alam. Syukran Jazilan ..

p/s:Fikir2kan, dan selamat beramal =)



Salam alaik..

Mari menghayati keindahan alam ciptaan
ilahi juga buatan manusia mungkin:)







































































~Tip Menyemai Tabiat Suka Membaca~

*p/s: utk panduan diri dan semua..



Salam alaik...

Membaca itu memang menyeronokkan. Bagaimana menanam semangt membaca yg utuh dlm jiwa? Ada beberapa tip berguna yg dpt dikongsikan di sini:

  • Sentiasa bawa buku ke mn shj. Mudah dibw kemana-mana shj memandangkan sekarng ni pelbagai saiz buku telah diterbitkan.
  • Tetapkan sasaran. Berapa buah buku yg ingin dibc setahun.
  • Mempunyai masa yg khusus utk membaca.Mungkin memadai membc dlm temph 10-15 minit sekali, tetapi kerap, seperti membaca semasa bersarapan, sebelum tidur dan sebagainya.
  • Buat senarai buku yg ingin dibaca.Tandakan buku yang telah dibaca atau belum dibaca dlm senarai tersebut.
  • Cari tempat membaca yg sesuai, selesa, sunyi dan jauh drpd sebarang gngguan atau apa2 shj yg boleh menarik perhatian.
  • Kurangkan menonton televisyen atau menghabiskan masa melayari internet yg tidak memberi faedah.
  • Asingkan buku yg telah dibaca drpd buku yg belum dibaca di rak.Jgn berbangga dgn jumlah buku yg bnyk tersusun kemas di rak , namun hakikatnya tidk pernah membacanya.
  • Jika mempunyai anak, bacakan buku untuk mereka.Mungkin boleh jadikan rutin "bed-time story" cara menjadikan amalan membc satu tabiat.
  • Jadikan amalan membaca satu aktiviti yg menyeronokkan.Mungkin boleh hidangkan secawan kopi sbg peneman saat membaca.
  • Sediakan beberapa peratus drpd jumlah pendptn utk dibelanjakan di kedai buku.
  • Jadilah "pemburu buku". Pantang ada buku baru terbit, perlu segera dapatkannya.
  • Pelbagaikan cara membaca. Cara konvensional mungkin memerlukan tumpuan penuh dan kadangkala agk membosankan.Konteks "membaca" boleh diperluaskan kpd mendengar ceramah, menonton siri dokumentari dan sebagainya.
  • Pilih bhn bacaan yg baik. Hnya bahan bacaan yg baik akan mmberi added value yg positif kpd pembacanya.
  • Biar sedikit asalkan berterusan (istiqomah)
Petikan dari : Majalah Solusi Edisi ke-18