Persediaan Ulang Kaji Mengikut Konsep Islam

Bersesuaian dengan tuntutan Islam sebelum memulakan sesuatu proses pembelajaran, beberapa langkah boleh diikuti bagi mempermudahkan urusan ulang kaji anda secara lebih berkesan.

  1. Sebelum memulakan ulang kaji, luangkan sedikit masa dengan menunaikan solat taubat dan solat hajat.
    • Mohonlah supaya dipermudahkan segala apa yang dipelajari. Hanya kepada Tuhan sahaja tempat bergantung.
    • Dialah yang memberi dan menarik nikmat yang ada pada diri kita.
    • Solat taubat yang dilakukan dengan ikhlas mampu membersihkan hati dan diri kita daripada dosa.
    • Perlu dalam keadaan bersih dari dosa dan noda semasa memohon sesuatu dari Tuhan. Selepas itu berdoalah dengan penuh khusyuk kepadanya.
    • Mintalah apa yang diinginkan.
    • Dengan izin Tuhan diperkenankan doa itu selagi niat ikhlas.
    • Cuma masa yang menentukan, sama ada permintaan itu diperkenankan dalam masa yang singkat ataupun lambat. Semua ini mempunyai hikmah di sebaliknya.
  1. Kemudian mulakan sesi pembelajaran dengan bacaan doa penerang hati.
    • Semoga nur atau cahaya dari ilmu itu mudah menyerap masuk ke dalam diri seterusnya memudahkan dan memahami apa yang dipelajari.
    • Ia memberikan ketenangan kepada dalam belajar.
  1. Jika kepenatan, rehatkanlah diri serta banyakkan berzikir.
    • Bangun dari tempat belajar dan lihatlah pemandangan alam yang terbentang luas.
    • Ia bukan sahaja mencuci mata yang kepenatan, tetapi juga melihat kebesaran Tuhan dengan penuh kesyukuran.
    • Kemudian sambung belajar kembali.
  1. Akhiri sesi ulang kaji anda dengan bacaan doa
    • Ini adalah supaya segala yang dibaca mudah difahami dan diingati
    • Seterusnya dapat diamalkan untuk memberi manfaat kepada semua orang.
    • Terapkan amalan ini dalam hidup, dengan izin Tuhan ia membentuk diri menjadi lebih berdisiplin dalam memburu kejayaan.

Rujukan: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

1 Response to "Persediaan Ulang Kaji Mengikut Konsep Islam"

  1. ~ shimutz ~ says:
    March 21, 2010 at 3:54 PM

    salam...

    All da BEST for ur Final Exam.