Doa Buat Sahabat-sahabatku =)

..Bismillahirrahmanirrahim...


Ya Allah..panjangkanlah umur sahabatku,Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangilah hatinya dengan nur pancaran iman..


Ya Allah..tetapkanlah hatinya,perluaskanlah rezekinya,dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...


Ya Muhaimin..jika dia jatuh hati,izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu.


Ya Rabbana..jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu..


Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu,rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..


Ya Muhaimin..Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..


Ya Allah Yang Tercinta..jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu..


Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..


Ya Rabbul Izzati..bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakanhati-hati hambaMu yang lain...



p/s : Dedikasi khas buat sahabat-sahabat seperjuangan..=)

wallahua'lam.

DAMPINGILAH ALLAH…


Sekali lagi kita tanya diri sendiri “DI MANA ALLAH DALAM HATI kita?” Adakah kita rasa amat gembira bila dapat berdamping denganNya atau sebaliknya? Adakah kita telah berusaha agar Allah sentiasa bersama kita?

Kalau begitu,sejauh manakah kita rasa gembira menerusi solat yang dilaksanakan ketika mendampingi dan bermunajat padaNya?

Apakah yang kita dapat rasai ketika sujud di dalam solat dan sejauh mana kita meneruskan zikir terhadapNya bukan hanya terbatas selepas solat, ingatlah ketika Allah menyebut: “aku bersama hambaKu ketika dia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak kerana aku”

Adakah kita dapat meluangkan sepertiga malam untuk menyepi diri bersama Allah? Tidakkah kita teringat akan janji2 Allah pada kita yang mampu bangun di tengah2 malam- Allah menyebut: “Adakah terdapat hambaKu yang bangun di tengah malam untuk bertaubat, di mana aku menerima taubatnya, yang memohon keampunanKu, maka aku ampunkan segala dosanya dan memohon sesuatu, maka aku berikan padanya”

Tidakkah kita mahu berusaha untuk menjadikan hati2 ini penuh dengan pujian kepada Allah, berkorban keranaNYa untuk meninggikan syiar agamaNYa walaupun pelbagai rintangan dan halangan.

Berapa banyak ruang dan masa yang ada pada kita untuk memerhatikan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita, terus bersyukur padaNya tanpa sebarang perasaan prejudis. Pernahkah terlintas dalam pemikiran kita bagaimana Allah menganugerahkan nikmat hidayah, kesihatan, harta, ilmu pengetahuan, kepandaian, kemahiran, bakat, anak2, ibu bapa yang terlalu menyanyangi kita walau saat kita tersungkur, suami atau isteri yang mengasihi kita?

Atau kita sekadar menerima nikmatNya tanpa sebarang balasan untuk beramal dan mematuhi segala titah perintah Allah.

Sesungguhnya ketahuilah wahai saudara-saudari seagama! Dunia dan bumi yang kita pijak ini menjanjikan pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku pada apa yang kita ada atau kita cari, termasuk harta benda, anak2, pangkat dan jawatan..tapi apa yang paling penting..DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA?

Jika tergerak hati untuk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA? Allahkah yang patut dicari atau maksiat yang patut ditembusi, bagaimana keadaannya ketika hendak bertemu dengan Allah pada hari pembalasan yang mungkin esok, lusa atau hari ini atau mungkin pada saat ini..sedangkan masih melakukan maksiat kepadaNya???

--------------------------------------------------------------------------

Ku Serah Cinta


Ku serah segala ketentuan

Biarlah masa yang berbicara

Dipangku wajah yang layu

Dan aku telah jemu


Aku tidak mahu berpaling

Pada yang mengganggu dan menggugat

Sapanya meletihkan diri

Hadirnya mengundang penat


Akan ku serah cinta ini

Bukan lagi pada manusia

Kerana cinta martabat itu

Bersalut segunung kepalsuan

Dan kepuraan


Aku semakin tidak peduli

Apa yang mungkin akan terjadi

Kerana gerak dan tindakanku

Mahu bebas dari masalah


Ku serahkan cinta ini

Hanya padaMu, oh Tuhan


Akan ku serah cinta ini

Bukan lagi pada manusia

Kerana cinta martabat itu

Bersalut segunung kepalsuan

Dan kepuraan


Aku adalah aku sekarang

Biar terbuang tetap berjuang

Akan ku serahkan jiwa ini

Sepenuh hati dengan keikhlasan

Aku adalah aku yang sekarang

Ku serahkan cinta ini


Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Pahrol Md. Juoi (Genta Rasa Publishing)
Penyusun Muzik : Belle
Penerbit : Isman Isam
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team

p/s : Hayatilah lirik nasyid diatas, sama-samalah bermuhasabah bagaimana hubungan kita dengan Allah s.w.t, Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Wallahua'lam.
--------------------------------------------------------------------------