~Tip Menyemai Tabiat Suka Membaca~

*p/s: utk panduan diri dan semua..



Salam alaik...

Membaca itu memang menyeronokkan. Bagaimana menanam semangt membaca yg utuh dlm jiwa? Ada beberapa tip berguna yg dpt dikongsikan di sini:

  • Sentiasa bawa buku ke mn shj. Mudah dibw kemana-mana shj memandangkan sekarng ni pelbagai saiz buku telah diterbitkan.
  • Tetapkan sasaran. Berapa buah buku yg ingin dibc setahun.
  • Mempunyai masa yg khusus utk membaca.Mungkin memadai membc dlm temph 10-15 minit sekali, tetapi kerap, seperti membaca semasa bersarapan, sebelum tidur dan sebagainya.
  • Buat senarai buku yg ingin dibaca.Tandakan buku yang telah dibaca atau belum dibaca dlm senarai tersebut.
  • Cari tempat membaca yg sesuai, selesa, sunyi dan jauh drpd sebarang gngguan atau apa2 shj yg boleh menarik perhatian.
  • Kurangkan menonton televisyen atau menghabiskan masa melayari internet yg tidak memberi faedah.
  • Asingkan buku yg telah dibaca drpd buku yg belum dibaca di rak.Jgn berbangga dgn jumlah buku yg bnyk tersusun kemas di rak , namun hakikatnya tidk pernah membacanya.
  • Jika mempunyai anak, bacakan buku untuk mereka.Mungkin boleh jadikan rutin "bed-time story" cara menjadikan amalan membc satu tabiat.
  • Jadikan amalan membaca satu aktiviti yg menyeronokkan.Mungkin boleh hidangkan secawan kopi sbg peneman saat membaca.
  • Sediakan beberapa peratus drpd jumlah pendptn utk dibelanjakan di kedai buku.
  • Jadilah "pemburu buku". Pantang ada buku baru terbit, perlu segera dapatkannya.
  • Pelbagaikan cara membaca. Cara konvensional mungkin memerlukan tumpuan penuh dan kadangkala agk membosankan.Konteks "membaca" boleh diperluaskan kpd mendengar ceramah, menonton siri dokumentari dan sebagainya.
  • Pilih bhn bacaan yg baik. Hnya bahan bacaan yg baik akan mmberi added value yg positif kpd pembacanya.
  • Biar sedikit asalkan berterusan (istiqomah)
Petikan dari : Majalah Solusi Edisi ke-18

Rezeki kita terbentang luas


Bismillahirrahmanirrahim...

Salam alaik..

Tertarik dengan beberapa kisah yang ingin dikongsikan kali ini. Di petik daripada sebuah buku yang menceritakan dan membuktikan bahawa Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, serta Maha Pemberi rezeki kepada semua manusia dimana sahaja berada dan keadaannya.

a) Imam Zahid Azaahi menceritakan bahawa dia ingin menguji diri bagaimana mendapatkan rezeki dgn masuk ke dlm gua yg tidak ada makanan. Dia ingin tahu bagaimana Allah s.w.t memberi makan kepadanya. Tiba-tiba serombongan dagang tersesat jln dan apabila hujan turun mereka berteduh di dlm gua. Seorang drpd mereka bertanya:"Siapa engkau hai hamba Allah?" Soalan itu tidak dijawabnya. Rakannya berkata :"Mungkin dia lapar." Kemudian mereka membuka makanan, susu dan manisan yg mereka bawa tetapi lelaki itu enggan mengambilnya.

Dua daripada pedagang itu membuka mulutnya utk memasukkan sepotong roti dgn menggunakan pisau setelah mendapati giginya seperti tidak boleh dibuka lagi. Akhirnya Imam Zahid ketawa sambil berkata :"Sebenarnya aku hanya ingin mencuba bagaimana Allah s.w.t memberi rezeki kpd hamba-Nya di mana shj berada dan bagaimana keadaannya."


b) Sebuah lagi cerita menceritakan mengenai Ibrahim Adhan sehingga dia bertaubat. Kisahnya berlaku apabila dia berburu. Apabila dia penat, dia duduk sambil memotong roti yg dibwnya. Tiba-tiba hinggap seekor burung gagak di depannya mematu roti itu dan membawa terbang. Ibrahim berasa hairan dgn kejadian itu dan serta-merta mengikuti burung itu hingga ke sebuah lereng gunung.

Ibrahim melihat seorang lelaki dlm keadaan terikat kaki dan tangan. Setelah ikatan itu dilepaskan, dia menceritakan kejadian yg menimpanya. "Saya adalah pedagang yg dirompak oleh sekumpulan penyamun dan diikat selama tujuh hari, maka burng itudtg kpd saya membw roti setiap hari. Demikian tahulah saya bahawa Allah s.w.t. tidak akan meninggalkan hamba-Nya kelaparan."

Setelah kejadian itu, Ibrahim terus bertaubat dan menyerahkan segala hak miliknya kpd Allah s.w.t dan menuju Makkah tanpa membw bekal sedikitpun, tetapi dia tidak berasa lapar dlm perjlnnnya itu sehingga masuk ke kota Makkah dan bersyukur kpd Allah s.w.t.


Doa seribu dinar

*p/s:Peringatan buat diri dan semua-Sama2lah kita mengamalkan doa seribu dinar ini.Moga Allah melimpahkan rahmat dan rezekinya kpd kita walau dimana kita berada dan bagaimana keadaan kita sekalipun, insya-Allah. Dan sentiasalah bersyukurlah dgn nikmat dan rezeki yg diberikan sebelum nikmat dan rezeki yg dikecapi ditarik balik. Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Firman Allah s.w.t, yg bermaksud:

-"Dan katakanlah Allah memewahkan rezeki bg setiap hamba-Nya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dgn perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yg tertentu sebagaimn yg dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia mengetahui dgn mendalam akan segala keadaan hamba-Nya, lagi Melihat dgn nyata."(Surah Al-Syura, ayat 27)

-"Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dr mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku."(Surah Al-Dzuriat, ayat 57)

Dipetik dr buku : Cerita Serta Doa Dari Hadith & Al-Quran
Terbitan: WJSB Resources

Wallahua'alam..