Rezeki kita terbentang luas


Bismillahirrahmanirrahim...

Salam alaik..

Tertarik dengan beberapa kisah yang ingin dikongsikan kali ini. Di petik daripada sebuah buku yang menceritakan dan membuktikan bahawa Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, serta Maha Pemberi rezeki kepada semua manusia dimana sahaja berada dan keadaannya.

a) Imam Zahid Azaahi menceritakan bahawa dia ingin menguji diri bagaimana mendapatkan rezeki dgn masuk ke dlm gua yg tidak ada makanan. Dia ingin tahu bagaimana Allah s.w.t memberi makan kepadanya. Tiba-tiba serombongan dagang tersesat jln dan apabila hujan turun mereka berteduh di dlm gua. Seorang drpd mereka bertanya:"Siapa engkau hai hamba Allah?" Soalan itu tidak dijawabnya. Rakannya berkata :"Mungkin dia lapar." Kemudian mereka membuka makanan, susu dan manisan yg mereka bawa tetapi lelaki itu enggan mengambilnya.

Dua daripada pedagang itu membuka mulutnya utk memasukkan sepotong roti dgn menggunakan pisau setelah mendapati giginya seperti tidak boleh dibuka lagi. Akhirnya Imam Zahid ketawa sambil berkata :"Sebenarnya aku hanya ingin mencuba bagaimana Allah s.w.t memberi rezeki kpd hamba-Nya di mana shj berada dan bagaimana keadaannya."


b) Sebuah lagi cerita menceritakan mengenai Ibrahim Adhan sehingga dia bertaubat. Kisahnya berlaku apabila dia berburu. Apabila dia penat, dia duduk sambil memotong roti yg dibwnya. Tiba-tiba hinggap seekor burung gagak di depannya mematu roti itu dan membawa terbang. Ibrahim berasa hairan dgn kejadian itu dan serta-merta mengikuti burung itu hingga ke sebuah lereng gunung.

Ibrahim melihat seorang lelaki dlm keadaan terikat kaki dan tangan. Setelah ikatan itu dilepaskan, dia menceritakan kejadian yg menimpanya. "Saya adalah pedagang yg dirompak oleh sekumpulan penyamun dan diikat selama tujuh hari, maka burng itudtg kpd saya membw roti setiap hari. Demikian tahulah saya bahawa Allah s.w.t. tidak akan meninggalkan hamba-Nya kelaparan."

Setelah kejadian itu, Ibrahim terus bertaubat dan menyerahkan segala hak miliknya kpd Allah s.w.t dan menuju Makkah tanpa membw bekal sedikitpun, tetapi dia tidak berasa lapar dlm perjlnnnya itu sehingga masuk ke kota Makkah dan bersyukur kpd Allah s.w.t.


Doa seribu dinar

*p/s:Peringatan buat diri dan semua-Sama2lah kita mengamalkan doa seribu dinar ini.Moga Allah melimpahkan rahmat dan rezekinya kpd kita walau dimana kita berada dan bagaimana keadaan kita sekalipun, insya-Allah. Dan sentiasalah bersyukurlah dgn nikmat dan rezeki yg diberikan sebelum nikmat dan rezeki yg dikecapi ditarik balik. Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Firman Allah s.w.t, yg bermaksud:

-"Dan katakanlah Allah memewahkan rezeki bg setiap hamba-Nya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dgn perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yg tertentu sebagaimn yg dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia mengetahui dgn mendalam akan segala keadaan hamba-Nya, lagi Melihat dgn nyata."(Surah Al-Syura, ayat 27)

-"Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dr mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku."(Surah Al-Dzuriat, ayat 57)

Dipetik dr buku : Cerita Serta Doa Dari Hadith & Al-Quran
Terbitan: WJSB Resources

Wallahua'alam..

2 Response to "Rezeki kita terbentang luas"

  1. s a h i | a says:
    June 17, 2010 at 11:01 AM

    Maha Suci Allah, bila kita percaya bahawa setiap kalimah dr Al-quran itu sangat mujarab dan berkesan dalam hidup kita,InsyaAllah Allah permudahkan urusan . :)

    Dari kecil Mak akk da suh hafalkan ayat 1000 dinar ini.Alhamdulillah.Allah permudahkan rezeki didunia.moga-moga diakhirat juga.ameen.

    // er.terpjg pule komen :p

  2. -PeAcE- says:
    June 21, 2010 at 12:08 PM

    thanks ye kak..=)
    pnjg2 pun x pe kak komennyer.hehe.
    Insya-Allah..moga2 menjdi amalan setiap drpd kita..:)