Perkongsian Ramadhan : Ramdhan Datang lagi

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam alaik,
Salam Ramadhan=)

Alhamdulillah Allah s.w.t masih lagi memberikan kite semua peluang dan ruang untuk kita bertemu dengan Ramadhan,iaitu bulan yg penuh dengan barakah dlmnya. Sama-samalah untuk kita mempertingkatkan hubungan kita dengan Yg Maha Esa, Allah s.w.t serta memperbanyakkan amalan di dalam bulan Ramadhan yg Allah janjikan ganjaran yg bnyk kepada orang-orang yg mengerjakan amalan kebaikan dan ibadah dengan ikhlas semata-mata untuk mendapatkn keredhaanNya.

Perkongsian bersama dengan adik-adik SG pada pertemuan minggu ini. Berkongsi dan berbincang bersama mengenai Ramadhan. Panduan sepanjang Ramadhan yg dpt kita jadikan panduan dlm melaksanakan ibadah puasa.Mudah-mudahan puasa kita mendapat keberkatan dari Allah s.w.t bukan sekadar lapar dan dahaga seperti peringatan dr Rasullulah sendiri dlm Sabdanya : Rasulullah s.a.w bersabda: "Ada orang yg berpuasa tapi tiada baginya pahala, yg dpt hanyalah lapar dan dahaga."
Sabda Rasulullah s.a.w juga menyatakan "Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian".

Peta minda ringkas yg dikongsikan bersama adik-adik SG..=)

*Utk mendptkan gmbrn yg lebih besar, sila klik pada gambr tersebut.

Syukran jazilan.
Allahua'lam.

0 Response to "Perkongsian Ramadhan : Ramdhan Datang lagi"