Bismillahirrahmanirrahim..
Saat-saat kewafatan seorang khalifah yg juga digelar sebagai 'Reformis Dunia Islam' ini, dilakarkan dlm sejarah Islam, yg mana ia adalah perancangan yg telah dirancang oleh musuh. Semuanya bermula dari perbualan dan perbincangan antara Fairoz (dikenali juga sebagai Abu Lukluah) bersama Hurmuzan serta Jafina yg mana ketiga-tiganya merupakan bangsa Parsi yg suatu ketika dahulu pernah menjadi Pembesar Parsi (Hurmuzan), Ketua angkatan tentera (Jafina) dan Putera kpd seorng pembesar Parsi (Fairoz). Tetapi kini semuanya sudah berakhir dan tinggal kenangan dan sejarah.Mereka telah menjdi tawanan perang, hamba dan kini menjadi orng Islam.
Namun, disebalik sejarah yg dilalui mereka dan keadaan yg dialami mereka sekarng ini, rupa-rupanya masih tersimpan satu perasaan dendam di dlm hati-hati mereka. Perasaan ingin berada di zaman kemewahan ketika memerinth Parsi, dan menjadi putera raja. Perasaan ini di'api-apikan' lagi oleh Hurmuzan dan Jafina kepada Abu Lukluah. Suatu ketika dahulu Abu Lukluah menaruh rasa dendam kpd Khalifah Umar.Malah dia pernah berjanji dgn ayahnya tdk pulng selagi belum berjy mengusir tentera Islam dari bumi Parsi serta membunuh Umar. Tetapi slps dia berada di Madinah dan mndpt layanan yg baik drpd Umar al-Khattab, sedikit demi sedikt dendamnya itu lenyap. Tetapi Hurmuzan dan Jafina berjaya meniupkannya semula.Maka tercetusnya idea pakatan utk membunuh Umar Al-Khattab kerana mereka menganggap Khalifah Umar yg bertanggungjawab meruntuhkan Parsi.
Abu Lukluah membuat sebilah pisau bermata dua lalu hujung mata pisau itu disapu dgn racun. Apabila bertemua dgn kawan-kawan yg rapat dgnnya, dia selalu berkata ,"Inilah pisau yg bakal menembusi maruah bangsa Parsi". Apabila terjumpa kanak-kanak Parsi pula, dia akan mengusap kepala anak itu sambil berkata "Umar al-Khattab merampas kehormatan kita.Dia pasti mndpt balasannya tidk lama lg".
Pada suatu mlm, Khalifah Umar al-Khattab bermimpi dipatuk seekor ayam jantan. Keesoakan harinya dia mnceritakan kpd Asma' binti Umaisy. Menurut firasat Asma', Khalifah Umar dibunuh oleh seorng lelaki bukan drpd bangsa Arab.Asma' berpesn kpd Amirul Mukminin itu agar berwaspada dan berhati-hati. Tetapi Khalifah Umar masih tdk menghiraukannya kern yakin semua berlaku dgn kehendk Allah S.W.T.Dia reda menerima apa jua yg telah ditakdirkan.
Pagi itu, seperti pagi-pagi sebelumnya, Khalifah Umar sudh berada di Masjid Nabi sebelum azan dilaungkan, bg mengerjakan subuh berjemaah. Beliau yg menjd imamnya. Beliau tampil kehdpn menjdi imam sebaik shj iqamat. Dibelakangnya, iaitu di barisan hadpan berdiri Abu Lukluah, di sebelah kanannya Hurmuzan dan kirinya Jafina. Tidk ada siapa yg mencurigai tiga lelaki itu walaupun pagi itu mereka mengambil tempt dibelakang imam.
Ketika Khalifah Umar al-Khattab mengangkat takbiratul ihram, dgn pantas Abu Lukluah mengeluarkan pisau dr dlm jubhnya lalu menikam belakang Khalifah Umar. Tikam yg sempat dilakukan sebnyk tiga kali itu di belakang mangsnya menyebabkan Khalifah Umaral-Khattab tersungkur. Kemudian Abu Lukluah menikam pula dibhgian perut Umar al-Khattab sebnyk tiga kali. Kejadian itu berlaku begitu pantas sehingga orng ramai tergamam dan tidk sempt menghalangnya.
Abu Lukluah cuba melarikan diri tetapi orng ramai bertindak menangkapnya dan berlaku lah pergelutan.Abu Lukluah hampir berjy ditangkap tetapi tiba-tiba Hurmuzan dan Jafina menghunus senjata lalu membunuh Abu Lukluah.
Kemudian Abdul Rahman bin Auf segra mndptkn Khalifah Umar yg terbaring berlumurn darah. Khalifah Umar menyuruh Abdul Rahman agar tidak menghiraukan beliau dan teruskn sembahyang kerana itu yg lbh penting utk diselesaikan. Lalu Abdul Rahman tampil ke hadapan menjdi imam sembhyang subuh. Selesai sembhyang barulah mereka mndptkn Khlifah Umar al-Khattab yg baru sedar dr pengsnnya tadi.
Khalifah Umar memberitahu Abdul Rahman bahawa yang beliau juga mahu sembahyang. Tetapi Abdul Rahman menjawab "Wahai Amirul Mukminin , tuan telah mendpt luka yg parah ..". Balas Khalifah Umar "Tidak ada keuzuran bg lelaki mendirikn sembahyang. Sesungguhnya tidk Islam mereka yg meninggalkan solat." Inilah ketaqwaan yg ada pd Khalifah pencetus zaman keemasan.
Kemudian Khalifah Umar meminta agar luka-lukanya dibalut bg membolehknnya mengambil wuduk dan mengerjakan sembahyang subuh. Selesai sembahyang beliau kelihtn tdk berdaya lagi lalu dipaph oleh Abdul Rahman dan Ibnu Abbas lalu dibw pulang kerumah. Orng ramai masih lagi kebingungan dgn apa yg terjdi.Tambhn pula tragedi seperti itu belum pernh berlaku.
Sepanjg perjalan pulang ke rumah Khalifah Umar, beliau menanyakan kpd Abdul Rahman dan beberapa sahabt yg turut serta memimpin dan menghantr beliau, mengenai kejadian subuh itu dan siapakah yg punya angkara. Abdul Rahman pun menceritakn apa yg berlaku dan Ka'ab mencdgkn agr Hurmuzan dan Jafina dibw menghadap Khalifah Umar utk disoal siasat. Nmun Hurmuzan dan Jafina menafikannya dan Khalifah Umar melepaskn mereka kerana dia menerima apa yg berlaku keatsnya semuanya adlh ditakdirkn. Beliau reda menerimanya.
Keadaan Khalifah Umar al-Khattab semakin parah. Seorng tabib yg dipanggil utk merawati Umar tidk dpt berbuat apa2. Kemudian Khalifah Umar meminta segelas susu kerana dahaga. Apabila diminum, susu itu keluar dr bekas luka diperutnya.Tahulah mereka bhw Khalifah Umar tdk dpt diselamtkan lagi. Beliau juga merasakan saat kematian itu semakin hampir. Beliau memohon agar disemadikan berhampiran makam Rasulullah S.A.W seleps beliau meninggal dunia kelak. Maka Khalifah Umar meminta anaknya, Abdullah pergi menemui Aisyah utk menyampaikan permohonannya itu agar disemadikan bersebelahn makan Rasulullah. Aisyah mengizinkan Khalifah Umar al-Khattab dikebumikn bersebelahan dgn Rasulullah.
Sebelum beliau menembuskn nafasnya, sempat utk beliau menamakan 6 org sebagai penggantinya iaitu Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidullah, Zubir bin Awam, Abdul Rahman Bin Auf dan Sa'ad bin Abi Waqas. Kemudian Khalifah Umar melantik 10 orng ahli syura yg diperngerusikan oleh Abdullah bin Umar, yg mana ahli syura itu bertugs memilih calon yg paling layak. Selps bersidang, mereka sebulat suara menamakan Uthman Bin Affan sbg pengganti Khalifah Umar al-Khattab.
Selain itu, Khalifah Umar al-Khattab juga berpesan kepd anaknya Abdullah agar melangsaikan segala hutng beliau dengan Baitulamal sebnyk 8000 dirham.
Tanggal 27 Zulhijjah tahun 23 Hijrah, pagi hari ahad, Khalifah Umar al-Khattab menghembuskan nafasnya yg terakhir. Beliau pergi slps menjdi khalifah selama 10 tahun 6 bulan 4 hari, yg ketika itu usianya 63 tahun.
Al-Fatihah.
Rujukn dipetik dr : Novel sejarah Islam bertajuk Umar Al-Khattab, Reformis Dunia Islam.
Karangan : Abdul Latip Talib.
Penyanyi: Hijjaz
Tajuk Lirik Lagu: Aku Hanya Umar
Sebelum disapa sinar iman
Kau bagaikan singa yang mengganas
Membunuh anak perempuanmu
Tanpa rasa belas dan kasihan
Dipandu hati sekeras batu
Jahiliah yang menyesatkan
Bila nur Al-Quran menusuk ke jiwa
Lunturlah segala keangkuhanmu
Berubah dan beralih arahmu
Terbentur segala kekejaman
Menjadi wira miskin nestapa
Membela yang tak berupaya
Tidurmu di rimbunan tamar
Tenangmu tiada tercalar
Berbantal lengan tanpa pengawal
Berselimut embun keimanan
Di malam yang hening
Meratap menyesali diri
Pada dosa kealpaan
Dibasuh dengan airmata
Memohon keampunan Tuhan
Engkau khalifah berjiwa hamba
Mentadbir tanpa singgahsana
Menghina diri di hadapan Allah
Kemuliaan diri manusia
Mulia hidup bersulam taqwa
Mulia matimu kau syuhada
Pergi rohmu ke alam tinggi
Terbang menuju ke syurgawi
Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Ku bimbangi dialah diriku
Hati sekeras batu
Menjadi selembut air
Jadi teman kebenaran
Jadi musuh pada kebatilan


0 Response to "Tragedi Waktu Subuh"
Post a Comment