Salam alaik,
Alhmdulillah hari ini diberikan kekuatan utk menulis , disamping utk melepaskan sedikit tekanan yg dirasai utk menyiapkan progress fyp2.hu~
Ingin diperkongsikan bersama satu bab/tajuk yg dipetik dr buku yg bertajuk 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam' karangan Fathi Yakan. Tertarik dengan isi yang dihuraikan di dalam bab 5 iaitu 'Saya Mestilah Dapat Menguasai Diri', yang mana bnyak panduan yang boleh dijadikan sebagai medan muhasabah untuk kita menjalani kehidupan dan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim 24 jam.
#Golongan-golongan manusia dalam menghadapi nafsu
1. Golongan yg tunduk mangikut hawa nafsu mereka.
Firman Allah s.w.t :-
"Maka pernahkah kamu melihatnya org-org yg menjadikan hawa
nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkan sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci mati, pendengarannya dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka siapakah yg akan memberikan petunjuk setelah Allah(membiarkannya sesat) maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran".
(Surah Al-Jathiyah 45 : Ayat 23)
2. Golongan yg bermujahadah dan bertarung menentang hawa nafsunya.
Dlm menentang hawa nafsunya ada kalanya golongan ini menang dan ada kalanya kecundang.Apabila mereka terlibat dlm kesalahn mereka segera bertaubat. Begitu juga bila melakukan kemaksiatan, mereka segera sedar dan menyesal serta memohon keampunn dr Allah.
Daripada sabda Rasulullah s.a.w :-
"Setiap anak Adam(manusia) itu melakukan kesalahan,
sebaik-baik orng yg melakukan kesalahan(dosa) ialah mereka yg bertaubat".
(Hadith riwayat Ahmad dan Tarmizi)
Dalam satu cerita yg mana Iblis pernah bertemu dgn Nabi Yahya Bin Zakaria A.S, dan Nabi Yahya bertanyakan kpd iblis mengenai tabiat perangai manusia menurut pandangan iblis. Iblis menjawab :
- Golongan pertama dr manusia ialah seperti kamu ini. Mereka ini terpelihara (dari kejahatan dan dosa)
- Golongan yg kedua adalah mereka yg berada dlm gengaman kami sebagaimana buah bola berada di tangan anak-anak kamu. Mereka menyerah diri mereka bulat-bulat kpd kami(syaitan)
- Golongan yg ketiga ialah golongan yg sangat sukar utk kami kuasai mereka. Kami menemui salah seorang dr mereka dan kami berjy memperdayakannya dr mencapai hajat kami tetapi ia segera memohon keampunan (bila ia sedar) dan dgn istighfar itu rosaklah apa yg kami dapati darinya. Maka kami tetap tidak berputus asa utk menggodanya dan kami tiak akan mendapati hajat kami tercapai.
# Sendi-sendi kekuatan dlm memerangi nafsu
1. Hati - menjadi benteng yg kuat , sekiranya hati itu hidup, lembut, bersih, cekal.
Sayyidina Ali berkata : "Hati seorang mukmin itu bersih, terdpt padanya pelita yg
bercahaya. Hati seorang kafir itu hitam serta berpenyakit".
Firman Allah dlm Surah Al-Anfal 8 : Ayat 2
"Orang-orang yg apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka dan
apabila dibacakan kpada mereka ayat-ayatNya bertambahlah keimanan mereka ".
2. Aqal - merupakan ciptaan Allah yg dpt melihat, mempunyai daya memahami sesuatu,
mampu membezakan dan dpt menyimpan sesuatu kefahaman dari ilmu-ilmunya di mana dgn ilmu itu kelak ia dpt menghampirkan diri kpd Allah, mengetahui keagungan Allah serta kekuatannya.
Aqal seorang mukmin itu adalah aqal fikiran yg waras , dpt membezakan baik dan
buruk, halal dan haram, kebaikan dan kemungkaran kerana ia melihat segala perkara
dgn cahaya Allah yg dpt menembusi di sebalik tutupan yg halus.
Cahaya aqal seseorang mukmin itu sentiasa bersinar, tidak dpt dipadam kecuali oleh
kerja-kerja maksiat yg berkekalan, dilakukan pula secara terang-terangan dan tidak pula diikuti dengan taubat.
Rasulullah s.a.w menjelaskan maksudnya:
"Sesiapa yg melakukan dosa maka bercerailah aqalnya dari dirinya, ia tidak akan kembali
kpadanya buat selama-lamanya."
Dlm sabda lain juga, Rasulullah s.a.w bersabda :
"Kalaulah tidak kerana syaitan-syaitan itu mengelilingi hati anak-anak Adam nescaya mereka dpt melihat (merenung) kerajaan Allah dilangit dan di bumi."
# Cara-cara Menghalang Godaan Syaitan:-
- Tamak dan buruk sangka, maka aku menghadapinya dgn sifat menaruh kepercayaan dan berpada dgn apa yg ada.
- Cintakan kehidupan dunia dan panjang angan-angan, lalu aku meghadapinya dgn perasaan takut terhadap kedtgn maut yg boleh berlaku saban waktu.
- Cintakan kerehatan dan kemewahan , lantas aku menghadapinya dgn keyakinan bhw kenikmatan itu akan hilang dan balasan buruk pasti menanti.
- Kagum terhadap diri sendiri('ujub), lantas aku menghadapinya dengan rasa terhutang budi kpd Allah dan kpd akibat yg buruk .
- Memandang rendah terhadap org lain dantidak menghormati mereka, lalu aku menghadapinya dgn mengenali hak-hak mereka serta menghormati mereka secara wajar.
- Hasad(dengki), lalu aku menghadapinya dgn sifat berpada(qana'ah) dan redha terhadap kurniaan Allah kpd makhluknya.
- Riya' dan sukakan pujian org. Lalu saya menghadapi dgn ikhlas.
- Bakhil(kedekut), lalu aku menghadapinya dgn menyedarinya bhw apa yg ada pd makhluk akan binasa manakala yg kekal itu berada di sisi Allah.
- Takkabbur(membesarkan diri), lalu aku menghadapinya dgn rasa tawadhuk.
- Tamak haloba, lalu aku menghadapinya dgn mempercayai ganjaran yg disediakn di sisi Allah dan tidak tamak terhadap apa yg ada di sisi manusia.
#Kubu pertahanan dlm menghadapi tipu daya dr godaan syaitan adalah dgn cara:
- Jangalah terlalu kenyang apabila makan meskipun menghadapi makanan yg baik dan halal. Rasulullah bersabda mengingtkan kita: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan dlm tubuh anak Adam mengikuti perjlnn darah. Oleh itu sempitkanlah pintu masuknya dgn kelaparan."
- Membaca Al-Quran, berzikir mengingati Allah dan memohon keampunan Allah s.w.t, sebagaimn yg disuruh oleh Rasulullah s.a.w : "Sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya ke ats hati anak Adam, maka jika ia mengingati Allah ia pun lari daripadanya, jika sekiranya ia lupakan Allah syaitan akan mengunyah hatinya. "
- Tidak tergopoh-gapah dlm sebarang pekerjaan kerana mengingati pesann Rasulullah : "Bergopoh-gapah(terburu-buru) itu adalah dr syaitan dan berhati-hati itu dari Allah."


0 Response to "Kuasa diri sendiri"
Post a Comment